Khamis, 25 Februari 2010
Taman Banjaran Crocker
Taman Banjaran Crocker merupakan Taman daratan yang terbesar di negeri Sabah dengan keluasan 139.919 ha lebih kurang 2 kali saiz negara Singapura, Taman Banjaran Crocker telah diwartakan sebagai Taman pada tahun 1984, TBC memanjang di Pantai Barat Sabah, Taman ini berbentuk memanjang dengan 75 km panjang dan 15 km lebar mengikut paksi timurlaut-baratdaya. Taman ini terletak di dalam 8 dearah iaitu Tambunan, Keningau, Tenom,Beaufort, Papar, Penampang, Tuaran dan Ranau. Ketinggian TBC adalah antara 100 meter hingga 2050 meter dari aras laut dan puncak tertinggi ialah G. Alab. sebahagian besar kawasan TBC adalah di liputi hutan hujan Tropika. Pertanian tradisi secara kecil-kecilan merupakan aktiviti penduduk di persekitaran kawasan Taman.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan